SEJARAH SEKOLAH

>> Friday, February 13, 2009

Pada tahun 1963, 3 buah sekolah yang masing-masing terletak di Ladang Pondokland, Ladang Pondok Tanjung dan Ladang Merchiston telah di cantum dan dijadikan sebuah sekolah pusat yang diberi nama SRJK(T) Ladang Merchiston, Pondok Tanjung. Sekolah ini terletak lebih kurang 1.5 km dari jalanraya ke Selama, Jalan ke Sekolah ini adalah jalan tanah merah. Jalan ini lecah dan tidak sesuai untuk berjalan. Kadangkala keadaannya teruk apabila dilanda banjir.

Pada tahun1963, jumlah murid yang belajar di sekolah ini ialah 147 orang dan 7 orang guru termasuk seorang guru besar telah bertugas di sekolah ini. Guru besar pada masa itu ialah En.R. Palmani. Lembaga pengurus ialah En.P.P. Nair.
Pada 31 Januari 1964, Menteri Pendidikan pada masa itu iaitu kapt. Hamit Khan telah merasmikan sekolah ini.Pada tahun 31 Disember 1964, Seorang Lembaga Pengurus yang baru En. Ma.Se. Mayathevan telah dilantik untuk menggantikan tempat En. P.P. Nair. Pada masa itu seramai 187 orang murid telah belajar. Pada tahun berikut jumlah murid turun hingga ke 153.

Pada 31 Disember 1967, guru besar En. R. Palmani ditukar ke sekolah lain dan
En. C. Arunasalam, seorang guru kanan telah dilantik mulai 1.1.1968. Pada masa itu juga Lembaga Pengurus En. Ma.Se. Mayathevan meletak jawatan dan telah diganti oleh M.V. Nayagam. Guru Besar En. C. Arunasalam telah bersara pada 5 Mac 1970 dan tempatnya telah diganti oleh En. M.S. Muthusamy dari SJK(T) Ladang Suffolk, Sitiawan.
Pada tahun 1972, Ladang Merchiston telah dijual kepada tuan yang baru dan diberikan nama baru iaitu Ladang Foong Lee. Dengan itu Lembaga Pengurus mengambil keputusan untuk menukar nama sekolah ini. Dengan kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri sekolah ini telah diberi nama SRJK(T) Ladang Foong Lee. (Ruj. Bil. (26) dlm J. Pel. PK(AM) 706)
Pada tahun 1973, Persatuan Ibu bapa telah ditubuh dan En. M. Letchumanen dilantik sebagai Yang Dipertua PIBG. Pada tahun 1975, Skim Pinjaman Buku-Buku Teks telah diperkenalkan dan Skim ini telah menyelesaikan masalah buku teks murid-murid miskin. Pada tahun 1978, Rancangan Makanan Tambahan pula bermula dan kesemua murid layak menerima RMT ini. Pada tahun 1979, jumlah murid pun meningkat ke 145 tetapi apabila penanaman pokok kelapa sawit mengganti tanaman pokok getah, maka jumlah murid mula merosot. Ramai ibu bapa kehilangan pekerjaan dan berhijrah ke tempat lain

Ramai murid dari sekolah ini terdiri daripada graduan universiti dan ramai pula menjadi guru. Diantaranya seorang telah melanjutkan pelajaran di United Kingdom.
Pada masa kini jumlah murid terdiri daripada 56 orang, 5 orang tenaga pengajar termasuk seorang guru besar yang berkhidmat. Ada juga seorang Pembantu Rendah N11 dan dua orang tukang kebun yang bertugas di sekolah ini. Lembaga Pengurus ialah En. V. Balakrishnan PJK, AMN.




Post a Comment

VOTE IT


  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP